Kais Pagi Makan Pagi

Kalau dulu-dulu sesiapa yang dimaksudkan dengan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dikira orang yang amat susah la. Namun di zaman moden ni masih ramai lagi termasuk dalam kategori ni. Tapi bukanlah kais pagi makan pagi. Istilah tu sudah berubah kepada kais bulan ni makan bulan ni, kais bulan depan makan bulan depan.

Siapakah yang dimaksudkan?

Inilah keadaan jika anda langsung tidak mempunyai sebarang simpanan. Kalau ada pun hanya mampu menyara perbelanjaan seharian selama sebulan. Bayangkan jika terjadi sesuatu yang tidak diingini contohnya dibuang kerja, mampukah anda untuk mencari pekerjaan lain dalam tempoh sebulan? Jika tidak, apa yang mampu menyelamatkan anda? Sudah tentu lah simpanan kan. Elakkan meminjam terutamanya menggunakan kad kredit.

“Penggunaan Kad Kredit yang salah dan tidak terurus hanya akan menjerumuskan anda ke lubang (masalah) yang lebih dalam”

Jadi mulalah menyediakan safety net anda. Sekarang ini simpanan minimum adalah 6 kali perbelanjaan bulanan. Bagi yang beralasan tidak mampu untuk menyimpan kerana gaji bulan hanya cukup-cukup makan, mulakan dengan berjimat

Bersama kita menuju kebebasan kewangan

Share/Save/Bookmark

Leave a Reply