Posted on December 12th, 2009 by Mohd Fauzi aka bluepiece
Saya baru saja buka 1 akaun pelaburan emas Public Bank semalam. Nak buka akaun ni perlu ada akaun simpanan terlebih dahulu. Saya buka akaun simpanan - i Wadiah. Deposit RM250. Ada juga yang basic RM20 saja tapi kena ada surat majikan. Jadi terpulang kepada anda sendiri.
Urusan untuk buka akaun GIA dan akaun simpanan ni senang saja. Cuma bawa kad pengenalan dan duit untuk min 20g emas (sebagai permulaan) dan deposit untuk buka akaun simpanan.Tambahan RM10 lagi sebagai stamp duty untuk akaun GIA. Lain-lain biar bahagian khidmat pelanggan yang uruskan.Anda cuma turunkan tandatangan mana yang perlu saja.
Harga seunit semasa saya beli RM126.95 jadi jumlah untuk 20g ialah RM2539.00 (11/12/2009)
Posted on December 6th, 2009 by Mohd Fauzi aka bluepiece
Buku Celik Wang ini adalah hasil terjemahan buku Money Sense (Edisi Pertama - versi Bahasa Inggeris, 2008)
Edisi Pertama Buku Celik Wang ini diterbitkan oleh AKPK (Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit) pada 2009.
Anda boleh mendapatkan buku ini di mana-mana pejabat AKPK dengan harga RM5.00 senaskah. Ilmu yang sungguh berbaloi dengan pelaburan hanya sepinggan nasi goreng.
Bagi yang masih beralasan untuk tidak memiliki buku ini, anda boleh lawati www.akpk.org.my untuk membaca atau download fail pdf buku ini secara PERCUMA!!!!…
Posted on November 10th, 2009 by Mohd Fauzi aka bluepiece
Walaupun anda boleh membuat pinjaman berdasarkan keupayaan anda untuk membayar balik, kemampuan anda untuk membayar hutang boleh terjejas akibat sesuatu perkara di luar kawalan anda. Ini termasuk kehilangan punca pendapatan, kecemasan dan penyakit.
Anda mempunyai atau berkemungkinan besar mempunyai masalah dalam membayar balik hutang anda jika :
Anda sentiasa berbelanja melebihi pendapatan anda
Had kredit bagi kebanyakan kad kredit anda telah digunakan sepenuhnya
Anda selalu meminjam wang untuk menampung perbelanjaan dari satu tarikh ke satu tarikh gaji yang akan datang
Anda hanya membayar amaun minimum bagi pembayaran balik pinjaman anda apabila cukup tempohnya dan bukan untuk mengurangkan jumlah hutang anda
Anda sering berselisih faham dengan suami/isteri anda berhubung dengan soal wang
Apabila anda sukar untuk membayar balik hutang, tanganilah masalah itu dengan segera supaya ia terkawal.
Jangan abaikannya kerana beban hutang boleh bertambah buruk dan mungkin mengakibatkan anda berada dalam keadaan yang tidak boleh diurus lagi.
Posted on October 29th, 2009 by Mohd Fauzi aka bluepiece
Semalam rancangan TV3 999 telah mendedahkan majoriti mangsa yang terlibat dalam skim cepat kaya ini adalah dari golongan penjawat awam.
Lebih mengejutkan lagi lebih setengah juta atau 20% daripada Pelajar Pendidikan Tinggi (Universiti, Institusi, Kolej) terpengaruh dengan skim ini.
Skim cepat kaya di Malaysia ini dikesan bermula sekitar tahun 70an dan modus operandi berubah dari masa ke semasa dan menggunakan pelbagai kaedah.
Anda haruslah berhati-hati dengan sebarang tawaran pelaburan atau perniagaan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam masa yang singkat. Pulangan yang menjanjikan bulan dan bintang biasanya adalah suatu penipuan yang cuba bermain dengan emosi kita. Jika kita tewas, maka leburlah duit yang dilaburkan.
Dengan pelbagai informasi yang mudah diperolehi melalui internet, kita dapat menyiasat samada perlaburan atau perniagaan tersebut sah dari segi undang-undang, tidak di’blacklist’ oleh Bank Negara dan SSM.
Melalui internet juga kita boleh menyertai forum yang berkaitan untuk mengetahui samada skim yang ditawarkan kepada kita adalah suatu penipuan atau tidak.
Kesimpulannya, tidak ada jalan cepat untuk kaya tanpa usaha. Skim sebegini boleh menjadikan kawan menjadi lawan, keluarga porak peranda, hutang keliling pinggang dan pelbagai lagi gejala negatif.
Posted on October 27th, 2009 by Mohd Fauzi aka bluepiece
Biasanya saya akan memperuntukkan 5 minit setiap hari untuk merekod dan menyemak perbelanjaan saya.
Adalah penting untuk kita memperuntukkan masa setiap hari atau setiap minggu untuk menyemak aliran perbelanjaan bagi memastikan tidak ada sebarang bil, hutang atau lain-lain komitmen yang tidak dijelaskan.
Satu lagi kebaikan mempunyai rekod perbelanjaan ini ialah kita senang untuk mengawal dan tidak terlebih belanja memandangkan kita telah membahagikan pendapatan kita kepada sub-sub perbelanjaan bulanan. Cuma yang penting adalah disiplin individu untuk mengikut bajet yang telah disediakan.
Posted on October 19th, 2009 by Mohd Fauzi aka bluepiece
Saya ada buat kira-kira kewangan yang menunjukkan betapa penting dan untungnya membuat simpanan dari awal. Klik Disini untuk lihat jadual tersebut.
Adalah penting untuk menyimpan wang anda di institusi perbankan atau pelaburan yang akan memberi pulangan tahunan kepada anda. Contohnya ASB atau Tabung Haji
Posted on October 19th, 2009 by Mohd Fauzi aka bluepiece
Kepada anda yang masih belum menggunakan perkhidmatan online banking, saya menyarankan agar beralih sekarang. Perkhidmatan online banking memang terbukti selamat dan terjamin jika anda tahu menggunakannya.
Pernahkah anda memerlukan sehari suntuk untuk membayar installment kereta, bil letrik, bil air, sewa rumah, streaymx, pinjaman pelajaran, bil telefon, bayaran insuran, kad kredit, zakat dan sebagainya???
Dengan perkhidmatan online, semua urusan tadi dapat diselesaikan kurang dari 30 minit. Anda sudah jimat masa beratur di kaunter dan menjimatkan wang parking dan minyak kereta anda. Jadi buat lah pilihan terbaik!!!!
Posted on October 16th, 2009 by Mohd Fauzi aka bluepiece
Dalam mencapai kebebasan kewangan, perkara asas yang perlu ada bagi seseorang individu itu adalah jaring keselamatan (safety net).
Safety net yang saya maksudkan ini adalah berupa simpanan wang yang akan digunakan bila berlaku sesuatu pada diri anda seperti dibuang kerja ataupun perniagaan anda mengalami kegagalan. Untuk kes seperti kemalangan, anda sepatutnya mempunyai perlindungan insuran.
Jumlah simpanan yang patut ada ialah 6 kali perbelanjaan bulanan. Sekiranya perbelanjaan bulanan adalah RM3,000, maka safety net adalah sebanyak RM18,000.
Jumlah ini sepatutnya mencukupi untuk 6 bulan perbelanjaan anda dan mempunyai masa untuk memulakan perniagaan baru, memulihkan perniagaan ataupun mencari pekerjaan baru tanpa mengganggu komitmen bulanan anda selama 6 bulan. Lebih besar safety net anda adalah lebih baik.
Simpan wang anda ke akaun pelaburan seperti unit amanah untuk mengembangkan lagi wang anda. Ini kerana kaedah ini dapat melawan inflasi yang meningkat saban tahun. Sekarang RM18,000 cukup untuk 6 bulan tapi untuk 5 tahun akan datang mungkin jumlah tersebut hanya cukup menampung perbelanjaan anda selama 3 bulan.
Posted on October 15th, 2009 by Mohd Fauzi aka bluepiece
Berapakah jumlah simpanan yang patut ada untuk persaraan?
Sebagai contoh, jika perbelanjaan bulanan anda sebanyak RM3,000.00 maka anda perlu ada simpanan yang menjana wang anda sebanyak itu juga.
Jumlah Simpanan Persaraan x Dividen Setahun = Jumlah Pulangan Setahun
Dengan anggapan simpanan anda disimpan ke dalam pelaburan yang memberikan dividen 10% setahun maka untuk menentukan JSP ialah
(RM3000 x 12 x 100 ) / 10 = RM360,000 (anda perlu ada simpanan sebanyak ini !!!)
Nota:
Jika pulangan pelaburan kurang dari 10% maka anda perlu menambah lagi jumlah simpanan anda atau mencari pelaburan yang memberikan pulangan yang lebih tinggi.
Begitu juga jika perbelanjaan bulanan anda bertambah jadi anda perlu juga menambah jumlah simpanan anda.
Bersama Menuju Kebebasan Kewangan Dan Amalkan Sikap Menabung Dari Awal